Skip to main content

Siapa Yakjuj Makjuj Yang Sebenar

M. Quraisy Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah, menyebutkan tentang susuk Yakjuj dan Makjuj sebagai berikut:

“Kata Yakjuj dan Makjuj diperselisihkan bukan sahaja tentang siapa mereka, tetapi juga tentang pengertian bahasanya. Sementara sarjana Islam berpendapat kata itu berasal daripada kata al-aujah, iaitu bercampur.

Ada juga berpendapat daripada kata al-auj, iaitu kecepatan berlari. Penamaan itu lahir kerana mereka adalah suku yang bercampur baur. Jika demikian, nama itu adalah terjemahan bahasa Arab daripada satu kata yang digunakan oleh suku penyerang itu. 

Ada juga yang berpendapat kata itu asli daripada bahasa Cina yang berubah pengucapannya ke dalam bahasa Arab. Thabathaba’i menulis dalam bahasa Cina kata itu adalah Monkuk atau Moncuk. Mereka adalah keturunan putra Adam, iaitu Yafist, keturunan orang Turki. 

Demikian satu pendapat. Ada juga yang berpendapat mereka adalah seorang Mongol. Salah seorang penganut fahaman ini adalah Thabathaba’i. sedang Thahit Ibni ‘Asyur cenderung memahami Yakjuj dan Makjuj adalah aneka suku, atau satu bangsa yang memiliki dua suku besar iaitu Tatar dan Mongol. 

Atau asal mereka ialah Yakjuj dan Makjuj lalu suku-sukunya di sebut berbagai nama, antara lain Yakjuj, Tatar, Turkuman dan Turki. Demikian sedikit daripada banyak pendapat tentang mereka.

Tafsir al-Quran yang diterbitkan Departemen Agama RI (1985-1986) menyebut tentang Yakjuj dan Makjuj sebgai berikut:

Adapun Yakjuj dan Makjuj yang di maksudkan dengan Yakjuj adalah suku bangsa Tatar dan yang dimaksudkan dengan Makjuj adalah bangsa Mongol. Kedua-duanya berasal dari seorang ayah yang bernama Turk. Mereka mendiami bahgian utara dari benua Asia yang terbentang diantara negara China sebelah timur, wilayah Tibet sebelah selatan, laut beku sebelah utara, dan negara Turkistan sebelah barat. 

Ahli-ahli sejarah Arab dan barat menerangkan suku bangsa ini sering mengadakan penyerbuan pada bangsa-bangsa di sekitarnya, pada saat-saat berlainan. Mereka sering menimbulkan kerusakkan di muka bumi dan membinasakan beberapa bangsa. Mereka adalah satu bangsa yang biadab yang pernah turun kebukit-bukit yang tinggi di Asia Tengah dan terus mengadakan serangan ke benua Eropah, di antara bangsa-bangsa Thihith, Sumarian dan bangsa Hunt. Dan sering pula mereka mengadakan serangan di negeri Tiongkok dan benua Asia sebelah barat yang menjadi tempat kediamannya para Nabi ….Yakjuj dan Makjuj iaitu bangsa Tatar dan Mongol yang mendiami Asia Tengah.

As-Sa’di menyebut Yakjuj dan Majuj adalah sebuah bangsa yang besar berasal daripada keturunan Yafits bin Nuh, termasuk wilayah Turki dan yang lain-lainnya. Begitu juga disebutkan dalam Tafsir al-Maraghi sebagai berikut:

Yakjuj adalah Tatar dan Makjuj adalah Mongol. Mereka berasal daripada satu bapa yang bernama Turk, dan bertempat tinggal di bahgian utara Asia negara mereka memanjang dari Tibet ke China sampai kelaut Baku Utara; barat sampai ke negeri Turkistan.

Para pakar sejarah Arab dan Perancis mengatakan, dalam berbagai zaman, bangsa-bangsa ini sering menyerang bangsa-bangsa tetangga. Mereka sering mengadakan kerusakkan di muka bumi dan menghancurkan bangsa-bangsa. Di antara mereka ada bangsa-bangsa buas, turun dari bukit dari Asia Tengan dan pergi ke Eropah pada masa dulu, seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka banyak menyerang negeri-negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetap para Nabi.

Maulana Yusuf Ali (1983) dari tafsir al-Qurannya mengatakan Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Asia Tengah, mereka membuat jalan dan menetap membentuk kerajaan. Suku-suku ini yang berpindah ke arah barat dikenal oleh bangsa Yunani dan Romawi sebagai Scythian (nenek moyang orang Rusia atau ras Slava), suku yang dikenal sebagai sakasun (Saxon). Baik Scythian mahupun Saxon adalah nenek moyang orang Eropah. Suku bangsa Asia Tengah yang berpindah kearah timur di kenali sebagai bangsa Cina dan Mongol.

Abu Kalam Azad dalam bukunya yang berjudul Yas’alunakan Min Zulqarnain, menyebut suku Scythian/Scythia dengan sebutan ‘Sitahin’. Abu Kalam azad menyebut pada tahun 700 SM, muncul suku Sitahin di atas panggung sejarah, lalu menyerang daerah-daerah di Asia Barat. Di antaranya serangan yang terjadi pada tahun 20 SM. Mereka melewati celah-celah Darial di pergunungan Kaukasus sebagai tanda garisan depan dari pasukan yang kejam itu sampai Ninoi (mungkin Ninive) dan seperti biasa, memusnahkan Azerbaizan, Mazandran, Jailan dan Kurdistan.

Mohammad Khair Ramadan Yusuf dalam bukunya yang berjudul SejarahOtentik Zulqarnain: Panglima Panakluk dan Raja yang Shalih, (1986,h.252) dennagn mengutip pendapat Dr. Abdul ‘Alim Hidhir, menyebut tentang bangsa Barbar yang sering menyerang peradaban lembah Sungai Kuning China. 

Gerombolan penyerang itu bernama ‘Hiongno’ atau biasa disebut ‘Xiongno’ iaitu:
“…keamanan negeri China digoncangkan oleh munculnya pasukan baru dari Mongol yang bengis. Orang china menamakan orang bengis itu dengan nama Hiongni.. dan raja China tidak menemukan jalan selain membangunkan Benteng China yang besar (The Great Walls) yang diperbuat daripada batu bagi mencegah serangan suku Sitahin yang menuju daratan China dengan menyeberangi Gurun Ghobi…dengan begitu berhentilah serangan suku Sitahin kerana adanya Benteng (tembuk) China itu. Tetapi, akhirnya mereka menuju kearah Asia Tengah.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat